Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! BACALAH DENGAN TELITI!!!
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang manfaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arasy Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil
daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat
Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang
sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di
mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita........ .
LIMA MACAM DOSA yang tidak ada tebusannya iaitu:
SYIRIK terhadap Allah s.w.t
MEMBUNUH orang tanpa hak
Membuat TUDUHAN PALSU terhadap seorang Muslim
LARI DARI BARISAN Muslimin dalam PEPERANGAN
Membuat SUMPAH PALSU untuk MENGAMBIL HAK ORANG LAIN"
(Hadith Riwayat Ahmad)
DOSA - DOSA BESAR YANG KITA LAKUKAN
Dosa yang paling besar ialah SYIRIK, DERHAKA kepada ibu bapa dan MEMBUNUH orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)
SEMBAHYANG LIMA WAKTU
Ada
riwayat : Nabi SAW bersabda bahawa SEMBAHYANG itu adalah perkara
pertama yang akan dihisab semasa di Akhirat kelak!!! Jika BAIK maka
baiklah segala amalan!!! Jika BURUK maka buruklah segala amalan!!!
JAGALAH SEMBAHYANG ITU IBARAT NYAWA KAMU SENDIRI!!!
Semoga ini menjadi PERINGATAN dan KEINSAFAN bagi kita semua.....Wallahu'alam Bissawab
Wassalam!!!
-Dipetik dari Internet-
nakata:
SUBHANALLAH(Maha Suci Tuhan)..nak menjaga sembahyang 5 waktu yg tak
sampai 10 minit tu pun kita selalu terbabas kan..apatah amalan yg
lain(mengingati diri sendiri)
TanpaNama:
Assalamu`alaikum W.b.t
Air Mata Nabi Adam
Tahukah
saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya
iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.
Beliau
sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi
sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi
Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa
ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap
sungguh air ini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung
tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana
perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin
hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu
yang
bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air
minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."
Apa Yang Akan Ditanya:
Dalam
sehari ada 24 jam. ? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas
keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita
lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya
yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,
mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya
yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia
sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."
Kala Jengking Neraka
Di
hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan
bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
"Huraisy
pun menjawab, "Aku mahu mencari limaorang. Pertama, orang yang
meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang
bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum
arak."